
[Tertiris] Nokia 7 Plus Peranti Pertama Mengenakan Skrin 18:9
Sebelum ini kami ada menyediakan artikel berkenaan Nokia 7 Plus yang akan diperkenalkan dengan sistem dwi kamera Zeiss dan cip Snapdragon kelas pertengahan. Terkini, tersebar di arena sesawang kelihatan gambar sebenar menunjukkan Nokia 7 Plus hadir dengan skrin nisbah 18:9 yang pertama keluaran HMD Global.

Berdasarkan gambar ini, Nokia 7 Plus dilihat menggunakan antaramuka tersendiri seperti peranti Android terawal Nokia 6 tahun lepas. Kali ini skrin memanjang menghasilkan paparan yang lebih jelas serta terang. Setiap bucu skrin pula lebih bulat dan tidak tajam untuk mengimbangi rekaan kerangka yang tidak bersegi.

Selain itu, panel gelas yang menutupi kamera depan dan sensor di bahagian depan menggunakan gelas 2.5D. Manakala spesifikasi dalaman didatangkan dengan Android One seperti yang dirancang bersama kapasiti RAM sebesar 4GB. Di bahagian belakang pula HMD Global tidak sertakan panel gelas sebaliknya panel logam. Warna yang disertakan sekurang-kurangnya dua iaitu Pearl White dan Black dengan gambungan warna jingga.

