[Tertiris] Gambar Kotak Memaparkan Spesifikasi HTC Desire 12

Sebelum ini tersebar spesifikasi mengenai HTC Desire 12 yang semakin hangat diperkatakan sejak seminggu yang lalu. Terbaru, gambar sebuah kotak yang dikatakan milik HTC Desire 12 pula tertiris seakan-akan mengesahkannya.

Menurut Android Authority, gambar kotak tersebut memperlihatkan spesifikasi utama seperti pemproses Quad Core MediaTek, paparan skrin bersaiz 5.5 inci dengan resolusi 720×1440 piksel serta RAM 3GB. Dari penggambaran pula, Desire 12 dilengkapi kamera utama 12 Megapiksel auto fokus, manakala kamera swafoto pula beresolusi 5 Megapiksel.

Selain dijana dengan bateri berkapasiti 2730mAh, ia turut menawarkan memori tambahan microSD sehingga 2TB. Mengenai harga masih belum dapat dipastikan, nantikan pengumuman rasmi dari HTC.

Sumber

You might also like