LG V30 Hadir Dengan Panel OLED – Tiada Lagi Paparan Kedua?!

Selepas artikel Samsung mengunguli tempat teratas dalam penghasilan paparan terbaik telefon pintar, kini LG juga ingin bersaing dengan meletakkan paparan jenis OLED pada peranti LG V30 yang tidak lama lagi akan diperkenalkan. Telefon pintar ini menduduki kategori phablet sama seperti siri Note di Samsung. Seperti sebelum ini, eRing pernah kongsikan gambar tiris dan spesifikasi yang mungkin hadir pada LG V30.

Seperti yang diketahui, siri V pada LG ini akan dilengkapi dengan paparan kedua yang terletak di bahagian atas paparan utama, tetapi khabar terbaru yang diterima menunjukkan sebaliknya. Oleh kerana LG ingin memuatkan paparan utama dengan nisbah 18:9 sama seperti yang dilakukan pada LG G6, paparan kedua dianggap tidak sesuai dipadankan bersama.

Paparan dengan nisbah 18:9 pada LG G6

Sekaligus menjadikan siri V kali ini tidak lagi ‘gimik’ seperti sebelum ini. Namun, apa yang menarik, teknologi OLED ini adalah yang pertama dalam flagship LG. Selain itu, Apple sebelum ini juga kata akan menggunakan paparan dengan teknologi yang sama pada iPhone 8 tahun ini, tetapi mungkin tidak juga disebabkan isu Touch ID. Adakah benar? Kita nantikan saja perlancaran rasmi.

You might also like