Samsung Masih Menduduki Tangga Teratas Menghasilkan Paparan Telefon Pintar Terbaik

Tidak disangkal lagi, syarikat gergasi dan terkenal dunia, Samsung masih memegang tahta dalam sektor pembuatan paparan telefon pintar. Laporan dari Korea Herald menunjukkan Samsung memegang pasaran global sebanyak 27.2% dengan pendapatan berjumlah USD3.5 billion setakat suku pertama tahun ini.

Samsung yang mendominasi industri, lebih fokus dalam pengeluaran paparan yang bersaiz 9 inci dan ke bawah, di samping paparan melengkung dan fleksibel OLED mendapat permintaan yang tinggi walaupun kos pembuatan yang mahal. Selain itu, Japan Display pula berada di bawah Samsung, memegang pasaran global sebanyak 17.8%, diikuti LG Display Co, seterusnya Chinese BOE Technology Group masing-masing berada di kedudukan ketiga dan keempat.

Para penganalisis terkejut dengan angka dicatatkan memandangkan industri telefon pintar hambar pada suku pertama tahun ini. Peranti flagship siri S oleh Samsung kali ini lebih menyerlah dengan menampilkan rekaan depan yang hampir tiada bingkai.

You might also like