Meizu m3s Sokong Pengimbas Cap Jari & Bateri Lebih Besar

2Meizu m3 note telah diperkenalkan pada bulan April lepas, tetapi masih belum memasuki pasaran tempatan. Baru-baru ini, Meizu sekali lagi hadir dengan peranti baru di bawah siri yang sama diberi nama Meizu m3s.

Meizu m3 noteJika dilihat daripada spesifikasi yang ditawarkan, tidak banyak perbezaan yang dapat dilihat, cuma pengimbas cap jari untuk tujuan keselamatan dan juga bateri Li-Ion berkapasiti 3020mAh. Manakala fungsi lain yang dikekalkan adalah skrin berukuran 5.0 dengan resolusi 1280×720 piksel, pemproses chipset MediaTek bersama CPU Octa Core 1.5GHz dan dioperasikan oleh Android 5.1 Lollipop.

UntitledSelain itu Meizu m3s masih menawarkan dua pilihan memori berkapasiti 16GB, 2GB RAM atau 32GB, 3GB serta lensa utama 13 Megapixel dual LED flash dengan kamera hadapan beresolusi 5 Megapixel. Harga jualan bagi smartphone ini adalah RMB 699 (kira-kira RM435).

 

You might also like