Honor 5A : Smartphone Mampu Milik Dengan Pemproses Tinggi

Honor baru sahaja memperkenalkan Honor 5C di pasaran tempatan dengan harga RM799 dan RM849. Kini, mereka perkenalkan lagi model baru di dalam kelas pertengahan yang dikenali sebagai Honor 5A dengan tawaran harga RMB 699 (kira-kira RM435).

Honor 5A tampil dengan paparan skrin berukuran 5.5 inci beresolusi 1280×720 piksel serta dikuasakan bersama pemproses Kirin 620 atau Snapdragon 617. Ia diserikan lagi dengan memori dalaman 16GB bersama RAM 2GB. Fungsi multimedia pula mempertaruhkan penggambaran utama 13 Megapiksel dengan kamera depan beresolusi 8 Megapiksel berkebolehan membuat rakaman video HD 1080p.

1_meitu_6Tidak seperti model 5X dan 5C, Honor 5A tidak dilengkapi dengan sokongan pengimbas cap jari dan turut hadir dengan rekaan kerangka belakang yang boleh dibuka. Menawarkan bateri berkapasiti 3100mAh, peranti ini telah dioperasikan oleh Android 6.0 Marshmallow dengan antaramuka EMUI 4.1.

You might also like