Kemas Kini MIUI 9.5 Menjadikan Bateri Peranti Turun Mendadak

Sebelum ini kami ada kongsikan senarai peranti Xiaomi yang akan menerima kemas kini perisian MIUI 9.5 tidak lama lagi. Kemas kini tersebut dijangka akan bertemu 30 pengguna pelbagai model Xiaomi menjelang April kelak, bagaimanapun kini ia telah mendapat respon yang negatif.

Ramai diantara penerima terawal kemas kini MIUI 9.5 menghadapi beberapa isu antaranya bateri peranti cepat habis, notifikasi tidak berbunyi termasuk notifikasi daripada aplikasi permesejan WeChat.

Oleh kerana itu, pihak Xiaomi memberikan cadangan kepada pengguna yang terkesan supaya mematikan perkhidmatan latar belakang utama Google seperti Google Framework dan kesemua Google Mobile Services. Langkah yang dicadangkan ini setidak-tidaknya dapat menyelesaikan isu ini secara sementara.

Lanjutan daripada isu yang dihadapi kebanyakan pengguna, pihak Xiaomi kini meminta pihak Google untuk bersama menyelesaikan masalah yang berlaku.

Sumber

You might also like