
Sony Malaysia hari ini melancarkan telefon pintar terbaru dibawah siri XZ iaitu kategori peranti kelas-atasan ke pasaran Malaysia. Kali ini Sony lebih lembut hati mengikut trend semasa dengan memperkenalkan dua peranti ini diberi nama Xperia XZ2 dan XZ2 Compact. Kedua-dua menawarkan ciri-ciri yang dipertingkat termasuk dari segi rekaan dan perkakasan dalaman.

Sony Xperia XZ2 hadir dengan skrin bersaiz nisbah 18:9 dengan paparan lebih realistik berteknologi Triluminos terkini. Dikuasakan cip Snapdragon 845, ia juga ditemani memori RAM dan storan besar. Ia turut dioperasikan Android Oreo dan menyokong dwi-SIM melalui slot hibrid, bermakna ia juga menyokong kad mikroSD untuk storan yang lebih luas.

Pada jabatan kamera, Sony tidak mengenakan dwi-kamera sebaliknya dilengkapkan dengan satu kamera sahaja. Lensa yang digunakan ialah 19MP Motion Eye yang dipertingkatkan dari sensor yang terdahulu. Dengan Exmor RS ia juga membolehkan pengguna mengambil video gerak-perlahan pada 960fps dengan lebih tajam dan jelas. Kamera depan dimuatkan kamera 5 Megapiksel dengan ciri Steady Shot untuk penggambaran lebih stabil.

Kerangkan badan diperbuat daripada aluminium dan panel gelas seperti kebanyakan telefon pintar yang berada di pasaran. Kerangka badan ini menyokong ciri kalis air dan debu bersama sokongan pengimbas cap jari dengan berat keseluruhan sebanyak 198g.

Spesifikasi
- Sony Xperia XZ2
- 5.7” 18:9 FHD+ (2160 x 1080) HDR Display TRILUMINOS
- Qualcomm Snapdragon 845
- RAM 4GB
- ROM 64GB (sehingga 400GB)
- Android Oreo
- 19MP Motion Eye 1/2.3” Exmor RS f/2.0 BIONZ
- 5MP 1/5” Exmor R f/2.2 Steady Shot (penstabilan 5-paksi)
- Dwi-SIM (1.2Gbps) / mikroSD
- 3,180mAh QuickCharge 3.0 USB-C
- Bluetooth 5.0 / NFC / Pengecasan tanpa wayar
- Speaker stereo Clear Audio / Qualcomm aptX
- Pengimbas cap jari
- Liquid Black / Liquid Silver / Deep Green / Ash Pink
- 198g
- RM3,299
Sony Xperia XZ2 Compact pula menawarkan rekaan badan lebih kecil dan kompak. Ia direka kepada mereka yang inginkan peranti pada saiz kecil dalam masa sama inginkan spesifikasi seperti abangnya Xperia XZ2. Model ini menerima saiz skrin 5-inci bersama teknologi dan resolusi yang sama diikuti nisbah paparan 18:9. Tidak banyak perbezaan boleh dikaitkan, cuma bateri diturunkan kapasiti kepada 2,870mAh dan ia lebih ringan untuk dipegang.

Spesifikasi
- Sony Xperia XZ2 Compact
- 5.0” 18:9 FHD+ (2160 x 1080) HDR Display TRILUMINOS
- Qualcomm Snapdragon 845
- RAM 4GB
- ROM 64GB (sehingga 400GB)
- Android Oreo
- 19MP Motion Eye 1/2.3” Exmor RS f/2.0 BIONZ
- 5MP 1/5” Exmor R f/2.2 Steady Shot (penstabilan 5-paksi)
- Dwi-SIM (1.2Gbps) / mikroSD
- 2,870mAh QuickCharge 3.0 USB-C
- Bluetooth 5.0 / NFC / Pengecasan tanpa wayar
- Pengimbas cap jari
- Speaker stereo Clear Audio / Qualcomm aptX
- Black / White Silver / Moss Green / Coral Pink
- 168g
- RM2,899
Meraikan kedatangan Sony Xperia X2 dan X2 Compact, Sony Malaysia mengadakan tawaran pra-tempah dengan hadiah istimewa. Pelanggan akan menerima hadiah eksklusif bernilai RM1,088 berupa fon kepala, beg galas, kad memori, dan sarung pelindung.
Sony Xperia XZ2 dan XZ2 Compact boleh ditempah bermula 23 Mac sehingga 8 April 2018 di laman e-gadang 11street.