Model Huawei Dari Siri P10 Diturunkan Harga!

Umum mengetahui 27 Mac 2018 adalah tarikh pelancaran rasmi bagi Huawei P20 di Paris. Seperti biasa, ini menandakan akan ada penurunan harga bagi beberapa model Huawei tahun lepas.

Di Lazada, Huawei P10 telah mendapat diskaun sehingga RM1000 menjadikan harganya kini adalah RM1,489 berbanding harga asal semasa pelancaran iaitu RM2,499.

Inginkan peranti yang lebih besar, Huawei P10 Plus juga diturunkan harga serendah RM1,899 di mana harga asal adalah RM3,499. Peranti ini menawarkan RAM sebesar 6GB serta storan 128GB.

Mahukan sesuatu yang baru, apa kata anda bertukar ke honor View 10 yang kini dijual pada harga RM1,788 (asal RM2,099). Selain tampil dengan paparan skrin dengan nisbah 18:9, telefon pintar ini juga menawarkan RAM sebesar 6GB RAM dan storan 128GB.

Jika anda berminat dengan mana-mana tawaran di atas, boleh ke laman rasmi Lazada.

You might also like