Huawei P20 Akan Diumumkan Secara Rasmi Pada 27 Mac Depan

Huawei sebelum ini ada memaklumkan bahawa mereka tidak akan memperkenalkan Huawei P11 atau P20 pada acara MWC bulan ini di Barcelona. Jadi sebagai peminat Huawei, anda semestinya tertanya-tanya bilakah peranti ini bakal dilancarkan jika bukan pada acara yang ditunggu-tunggu.

Menurut sumber, Huawei sudah menghantar jemputan untuk majlis perasmian peranti terbaru mereka pada 27 Mac depan di Paris. Peranti yang sepatutnya menggunakan nama P11 dikatakan akan menggunakan nama baru P20. Ia juga bakal hadir dengan tiga varian iaitu P20, P20 Plus, dan P20 Lite.

Huawei yang terkenal dengan teknologi kamera berteknologi tinggi dikatakan akan menghasilkan siri P20 dengan teknologi tiga kamera di bahagian belakang. Walaupun setakat ini telefon pintar hanya dibekalkan dengan dwi kamera, ia tidak mustahil akan berlaku pada tahun ini. Selain daripada penggunaan tiga kamera, paparan pada peranti ini juga mungkin akan hadir seakan iPhone X.

Sumber

You might also like