- Iklan -

vivo, OPPO & Xiaomi Perkenal Sistem Pemindahan Fail Wireless Mudah Alih Tanpa Sebarang Aplikasi

vivo, OPPO dan Xiaomi kini bekerjasama memperkenalkan sistem pemindahan fail wireless baharu yang inovatif dikenali sebagai Peer-to-Peer Transmission Alliance. Ia merupakan sistem baharu yang membolehkan pemindahan fail secara lancar dengan hanya satu klik. Ia sekaligus menyediakan pengalaman pemindahan fail terbaik yang tidak pernah dirasai sebelum ini.

Difahamkan, sistem ini bakal membolehkan pengguna ketiga – tiga jenama untuk memindahkan file antara peranti mudah alih dengan mudah tanpa memerlukan sebarang aplikasi pihak ketiga atau data rangkaian. Ia dikatakan menyokong fail termasuk foto, video, muzik, dokumen dan banyak lagi. Langkah ini diambil seiring dengan pengenalan rangkaian 5G – di mana saiz fail purata dijangka meningkat dengan ketara bersama ketersediaan kandungan yang lebih bervariasi. Sistem ini akan dilancarkan secara berperingkat bermula Februari ini.

You might also like