Android 8.1 Oreo Membolehkan Pengguna Memeriksa Kelajuan Pada Rangkaian WiFi Terbuka

Apabila anda berada di tempat awam, antara perkara pertama yang akan dilakukan adalah mencari sekiranya terdapat rangkaian WiFi terbuka yang boleh digunakan. Situasi sebegini sudah tentunya sering terjadi pada pengguna prabayar yang sudah kehabisan data Internet mahupun mereka yang berhadapan dengan isu rangkaian Internet yang lemah atau tidak stabil.

Pengguna boleh mengetahui tahap kepantasan WiFi melalui label yang dipaparkan pada setiap rangkaian.

Paling mengecewakan apabila rangkaian WiFi terbuka yang berjaya disambungkan itu memiliki kelajuan Internet yang sangat perlahan atau langsung tidak boleh digunakan. Jadi melalui kemas kini terbaru Android 8.1 Oreo yang kini sudahpun boleh dimuat turun pada peranti Pixel, Google telah memperkenalkan fungsi yang sangat berguna iaitu membolehkan pengguna untuk memeriksa kelajuan rangkaian WiFi terbuka itu berdasarkan kepada label yang tertera sebelum mereka membuat keputusan untuk menyambungkannya.

Label kepantasan WiFi yang akan dipaparkan:

Slow = kurang dari 1Mbps

OK = 1 Mbps hingga 5 Mbps

Fast = 5 Mbps hingga 20 Mbps

Very Fast = melebihi 20 Mbps

You might also like