Acer Terima 12 Anugerah Daripada iF Design Awards 2018

Jenama Acer sangat terkenal dengan produk komputer mereka, syarikat yang berpengkalan di Taiwan ini kini telah menempa nama di seluruh dunia sebagai salah satu jenama yang dipercayai ramai. Menerusi langkah strategik, pengurusan, dan pemasaran yang baik, Acer hari ini dengan bangganya berkongsi berita baik kepada penggunanya dengan 12 anugerah yang diterima oleh iF Design Award 2018. Antara produk yang menerima anugerah berprestij ini adalah barisan daripada peranti gaming, perisian, serta rekaan pembungkusan.

 

Desktop Gaming Predator Orion 9000

Predator Orion 9000 menampilkan fizikal luaran berwarna hitam dan perak yang disesuaikan dengan pencahayaan RGB sepanjang sisi bezel depan. Panel sisi tingkap yang besar mempamerkan dalaman yang menarik serta berkuasa. Melalui reka bentuk ini, ia sekaligus dapat mengekang tahap gangguan elektromagnetik (EMI).

Laptop Gaming Predator Triton 700

Bersaiz 18.9 mm dan 2.6kg, ia dibina berasaskan casis aluminium dengan paparan IPS 15.6-inci HD penuh. Ia juga diintegrasi dengan teknologi pengkomputeran terbaik dalam kelas. Casis hitam kecil direka dengan bentuk minimalis, dengan kontur lurus dan bersudut di bahagian depan.

Monitor Predator X27

Predator X27 menampilkan visual yang luar biasa dengan resolusi 4K (3840×2160) bersama kadar penyegaran sehinga 144 Hz disamping masa sambutan serendah 4 ms. Kecerahan maksimum mencecah 1,000 nits menerusi teknologi High Dynamic Range (HDR). Kerangka badan dengan potongan-berlian direka untuk menjadikan badan lebih kuat serta stabil. Rekaan ergonomik membolehkan pengguna melaras ketinggian dan kecondongan paparan.

Monitor Predator X34P

Pengguna boleh menikmati pandangan penuh dengan Predator X34 melalui paparan 1900R panorama dengan rekaan ZeroFrame™. Ia dibina melengkung serta menampilkan paparan bezel nipis untuk skrin yang lebih menonjol. Rekaan ergonomik juga memudahkan pengguna menonton dengan puas dalam masa sama boleh melaras ketinggian dan kecondongan paparan.

Predator Sense

PredatorSense membolehkan pemain mengawal dan mengoptimumkan peranti Predator mereka dari satu antara muka tengah, termasuk penggunaan CPU dan GPU. Ia turut dapat memastikan sistem berjalan dengan baik disamping prestasi gaming yang optimum. Pengguna boleh melaraskan lampu papan kekunci dan lampu latar pada halaman tetapan termasuk kelajuan kipas penyejuk.

Pembungkusan Gajet Gaming Predator

Produk gajet Predator menggunakan struktur geometri heksagon untuk pembungkusan. Pendekatan ini seiring dengan intipati jenama Predator dalam menyampaikan konsistensi, kecanggihan dan ekspresi jenama. Di luar estetika dan perlindungan produk, beberapa ciri pembungkusan turut menambah fungsi: contohnya pembungkusan headset Predator Galea 500 yang digunakan sebagai alat mendengar.

Acer Swift 7

Dengan hanya setebal 8.98mm, Swift 7 merupakan alat yang sentiasa disambungkan terus kepada Windows 10. Reka bentuk langsing yang tidak boleh ditandingi jenama lain ialah Sambungan Intel® XMM™ 4G LTE yang menyala-nyala membuatkan pengguna sentiasa produktif untuk sentiasa berhubung.

Acer Aspire S 24

Desktop Aspire S 24 adalah yang paling canggih dan paling nipis Acer pernah perkenalkan. Paparan dengan profil sampingan hanya 5.97mm menjadikan ia paparan tanpa sempadan dengan skema warna emas hitam dan matte. Ia menjadi peranti yang mustahak berada di ruang rumah sambil menambah sentuhan keanggunan fungsi dan kemewahan.

Monitor Gaming Acer VG0

Monitor Acer VG0 adalah monitor gaming tahap permulaan. Dilengkapi dengan teknologi In-Plane Switching, monitor siri VG0 memberikan ketepatan warna yang tinggi, memberikan pengalaman terbaik sepanjang masa untuk kerja atau bermain. Ia menyokong kadar penyegaran sehingga 144Hz dan teknologi Visual Response Boost (VRB), yang mencapai kesan 1 ms MPRT untuk visual yang jelas serta kabur.

Acer 360-Degree Dan Pet Tracker

Kamera Acer Holo360 menggabungkan kuasa video dengan sambungan masa nyata, diintegrasi oleh sambungan LTE, skrin sentuh 3 inci, menyediakan penyelesaian semua-dalam-satu untuk rekaman dan video 360 darjah secara langsung. Acer Vision360 adalah kamera dashboard kereta yang menangkap video 360 darjah untuk memastikan tiada apa yang terlepas apabila kejadian lalu lintas tidak diingini berlaku. The Pawbo Wagtag pula menyediakan alat pengesan untuk haiwan peliharaan di luar rumah dan di luar rumah dengan ciri unik seperti pengesanan kulit.

iF Design Awards 2018 dianjurkan oleh organisasi reka bentuk bebas tertua di dunia, iF International Forum Design GmbH yang berpusat di Hannover memiliki tenaa jerha seramai 63 anggota yang terdiri daripada pakar bebas dari seluruh dunia.

You might also like