
Lazada kembali memperkukuh kedudukannya sebagai destinasi membeli-belah dan penjualan barangan nombor satu di Malaysia dengan kempen ‘Riang Ria Raya’ yang akan menawarkan pengalaman membeli-belah yang lebih besar dan menarik untuk rakyat Malaysia. Dengan tema Nikmat dikongsi Bersama, kempen ini akan membawa jenama-jenama yang popular, kerjasama dan promosi yang menarik, pelbagai pilihan barangan yang menakjubkan, dan pertandingan mega dengan pelbagai hadiah. Ini termasuklah penawaran perkhidmatan dan pengalaman membeli belah yang dinaiktaraf bagi memastikan rakyat Malaysia membeli-belah sempena Hari Raya dengan lebih berbaloi di Lazada.

Antara jenama terkemuka yang boleh nantikan semasa kempen Riang Ria Raya Lazada termasuklah L’Oreal Paris, V’Asia, Pensonic, Honor, Kinohimitsu, Maybelline, Garnier, Intel, Tefal, Nestle, Guardian, Sandisk, Caring Pharmacy, Wenger, Coleman, Roscani, Radioshack, Jabra, JBL, Brand’s, Scholl, Dettol, Zawara, Tesco, Samsung, CT Hardware dan GNC Live Well.

Lazada juga baru-baru ini telah membuka sebuah cawangan logistik (pusat pemenuhan keperluan) yang merupakan bangunan kemudahan terbesar untuk Lazada di Asia Tenggara yang terletak di Subang Jaya. Dengan kewujudannya, Lazada turut menambah beberapa perkhidmatan termasuklah “High-Speed Delivery” (Penghantaran Laju Tinggi) yang membolehkan para pelangaan menerima tempahan mereka dalam tempoh 24 jam. Lazada juga mempersembahkan laman utama dan aplikasi mudah alih yang telah direka bentuk semula supaya rakyat Malaysia dapat membeli-belah untuk seisi keluarga melalui perkakasan mudah alih mereka untuk musim perayaan dengan lebih mudah.

Kempen Riang Ria Raya Lazada akan dilancarkan sepenuhnya bermula dari 7 Jun hingga 11 Julai. Tema Lazada tahun ini iaitu Nikmat Dikongsi Bersama adalah bertepatan dengan niat pusat beli-belah dalam talian ini yang turut mengumumkan pertandingan mega untuk para pelanggan dengan berbagai-bagai jenis hadiah termasuklah telefon bimbit, barangan elektronik, perkakasan rumah, jam tangan, dan pelbagai lagi.