Pembekal Apple Sudah Menyiapkan Salah Satu Komponen MacBook Pro Terbaru

3.1

Pada Mei lalu, terdapat laporan bahawa Apple bakal melakukan upgrade terbesar bagi model MacBook Pro terbaru dengan menghasilkan komputer peribadi yang lebih nipis dan ringan, selain itu terdapat ura-ura bahawa ia bakal dilengkapi paparan sentuh OLED pada bahagian atas papan kekunci, ia bakal menggantikan butang fungsi. Tidak lama selepas itu satu imej menunjukkan kerangka yang bakal digunakan pada model tersebut mempunyai rongga yang berkemungkinan besar akan memuatkan skrin sentuh OLED tersebut.

3.2

Barita terbaru pula dilaporkan oleh media dari China yang mendakawa bahawa Jarllytec sudah menyiapkan dan menghantar engsel yang bakal digunakan pada model MacBook Pro 13 inci. Engsel tersebut dikatakan diperbuat sepenuhnya menggunakan metal injection mold-made yang dikatakan lebih kecil dan ringan berbanding sebelum ini. Dijangkakan MacBook Pro terbaru bakal diumumkan pada acara Apple, sekitar September nanti.

You might also like