
Lonjakan Android Marshmallow
Versi terbaru Android yang dikenali sebagai Marshmallow telah mencatat rekodnya yang tersendiri, menurut statistik bulan Jun dari Google, lebih dari 10% peranti Android kini beroperasi menggunkan sistem Android Marshmallow, satu lonjakan yang tinggi berbanding 2.3% pada bulan Mac.
Kenaikan statistik ini dilihat hasil jualan peranti dengan sistem Android yang semakin laris di pasaran seperti model flagship Samsung Galaxy S7, HTC 10 dan lain-lain. Selain itu juga kemas kini buat model-model lama perlahan-lahan dilancarkan pihak pengeluar. Google juga giat menggesa para pengeluar peranti agar lebih pantas dalam melancarkan kemas kini buat pengguna, dan mungkin pada masa hadapan Google bakal mengaplikasikan protokol baru bagi memangkinkan lagi kepantasan pengeluar dalam menyediakan kemas kini.