
Kemas Kini Material Design Untuk Aplikasi Twitter
Aplikasi Twitter untuk pengguna Android tidak lama lagi akan memaparkan antara muka yang baru dan segar, mengetengahkan ciri-ciri Material Design.
Kemas kini tersebut diselaraskan menggunakan garis panduan Material Design dari Google yang akan menjadikan aplikasi tersebut lebih serasi dengan aplikasi sedia ada Google. Apa yang baru untuk kemas kini tersebut? Berikut adalah apa yang Twitter senaraikan di blog mereka:
- Fungsi swipe untuk menukar bar Home, Trending, Notifications dan Direct Messages.
- Menu Navigation yang boleh diakses dengan melakukan swipe dari bahagian tepi.
- Floating action button untuk anda menghantar Tweet.

