Roadshow Jualan Pertama vivo V15 Terima Sambutan Hebat – Catat Skala Terbaik!

Roadshow Jualan Pertama vivo V15 Terima Sambutan Luar Biasa!

vivo telah pun melancarkan vivo V15 untuk pasaran tempatan dengan tanda harga RM 1,399. Seiring itu, vivo turut mengadakan roadshow besar-besaran, vivo SuperDay Sale sempena jualan pertama V15 yang berlangsung di One Utama Shopping Centre, Ground Floor, Highstreet pada 23 Mac lalu.

vivo V15

Roadshow ini dilihat menerima sambutan yang sangat positif serta berjaya mencapai sasaran skala terbaik dalam menetapkan rekod baru untuk V15. Pengunjung yang hadir juga beratur panjang untuk menikmati sendiri kehebatan pada model terbaru vivo ini.

Barisan Selebriti Yang Hadir : Aida Azira, Osaka Oyuro, Collinstin, Liyeeee, Kylie Lim, Syazlin Zainal, Meloffa, YiiYii Tan, Yuna Zainal, Farah Farhana

Lebih menarik, vivo juga telah menawarkan sejumlah ganjaran menarik untuk pengunjung bertuah termasuklah – 250 pelanggan terawal membeli V15 berpeluang menerima kotak hadiah eksklusif bernilai RM299 serta kad hadiah petronas bernilai RM100 dan banyak lagi!

Pengunjung Gembira Nikmati Pengalaman Bersama V15

Tidak ketinggalan, pengunjung yang hadir juga dikatakan berpeluang sertai pelbagai aktiviti menarik seperti cabutan bertuah – membawa pulang vivo V15, basikal, luggage dan pelbagai hadiah eksklusif vivo!

 

Jom beli vivo V15?

You might also like