Reviu Eksklusif: Wiko FEVER, ‘Can’t wait for the night’

Wiko FEVER - Hitam

Inginkan sebuah smartphone berkuasa dengan harga mampu milik? Wiko FEVER patut diberi perhatian! Ia merupakan salah satu smartphone berkuasa kelas pertengahan terbaik di pasaran hari ini dengan pelbagai fungsi menarik. Selain tampil dengan rekaan premium, bahagian keliling smartphone ini akan mengeluarkan warna hijau apabila berada di tempat gelap!

LAMAN WEB

FACEBOOK

HARGA: RM799

FIZIKAL
1.Lensa Depan 5 Megapixel + LED Flash

Lensa Depan 5 Megapixel + LED FlashSesuai untuk pengguna yang gemar mengambil gambar selfie, Wiko FEVER menyokong lensa depan beresolusi 5 Megapiksel. Sokongan lensa hadapan berkualiti ini sekali gus menjanjikan pengambilan gambar dan juga rakaman video lebih jelas dengan adanya sokongan fungsi auto fokus dan LED flash. Malah ia turut menyokong beberapa mod menarik untuk anda mencubanya!

2.Bateri Li-Ion 2900mAh

Bateri Li-Ion 2900mAhBagi yang mementingkan penggunaan bateri pada sesebuah smartphone, FEVER masih berbaloi untuk dimiliki kerana hadir dengan bateri Li-Ion berkapasiti 2900mAh dengan mod Intelligent Power Saving. Namun begitu, bateri smartphone ini tidak boleh ditukar ganti kerana tidak boleh dikeluarkan dari slotnya.

3.Slot Dual SIM 4G

Slot Dual SIM 4GMenariknya smartphone yang menyokong dual SIM ini adalah ia menawarkan kad SIM jenis micro dengan rangkaian 4G pada kedua-duanya. Bersebelahan dengan slot kad SIM 1 boleh ditemui slot kad memori microSD yang menyokong sehingga 64GB. Kesemua slot yang disediakan ini menyokong fungsi hot-swap kerana baterinya tidak boleh dikeluarkan.

4.Panel Belakang

Panel BelakangKelebihan yang dimiliki oleh peranti ini adalah lensa penggambaran beresolusi 13 Megapiksel dengan sokongan auto fokus dan LED flash, walaupun hadir dalam kelas pertengahan. Manakala di bahagian panel belakang smartphone ia menggunakan kemasan seakan kulit sama seperti Samsung Galaxy Note 3 dan ia sekali gus dapat mengurangkan masalah cap jari.

CIRI-CIRI MENARIK
1.Smart Gesture

1

Gesture Unlock adalah cara yang paling cepat dan pantas untuk anda membuka menu pada smartphone ini. Caranya mudah sahaja, di mana hanya perlu melukis huruf yang mewakili menu tersebut seperti C untuk Camera dan ia secara automatik akan membuka menu yang diinginkan. Fungsi lain yang disediakan adalah Double Click untuk Lock Skrin dan Unlock menggunakan butang Power.

2.Kamera Utama

1

Penggambaran yang disediakan pada smartphone ini boleh dikatakan lengkap untuk memenuhi keperluan asas penggambaran anda. Kehadiran lensa 13 Megapiksel turut menawarkan fungsi auto fokus dan LED flash serta satu mod baru untuk mencubanya iaitu DualView selain mod sedia ada seperti Professional, Panorama, Face Beauty, HDR, Night dan juga Shot.

INFO - DualViewINFO
Dual View membolehkan anda mengambil gambar dan merakam video serentak!

3.Intelligent Power Saving

1Walaupun telah dibekalkan dengan bateri berkapasiti lebih besar berbanding HIGHWAY PURE iaitu Li-Po 2900mAh, ia masih tidak mencukupi memandangkan ini dikuasakan oleh pemproses Octa Core berkelajuan 1.3GHz. Oleh kerana itu, Wiko telah menyediakan mod Intelligent Power Saving, di mana akan menjimatkan bateri dengan menutup aplikasi kesemua aplikasi yang tidak digunakan.

4.Pemproses Octa Core

1Walaupun FEVER hadir dalam kategori kelas pertengahan, ia masih dibekalkan dengan spesifikasi yang memuaskan dan salah satunya adalah dikuasakan oleh pemproses Octa Core berkelajuan 1.3GHz. Jika dibandingkan harga FEVER dengan HIGHWAY PURE, Wiko FEVER menawarkan harga lagi murah. Jadi, mari lihat sendiri ujian benchmark yang dilakukan oleh editor ini.

5.Pemain Video

0Peranti ini boleh membuat rakaman video HD penuh dalam format 1080p, jadi tidak menjadi masalah untuk anda memainkan semula apa sahaja video berdefinisi HD 1080p. Lebih menarik lagi, pemain video yang disokong olehnya turut disediakan dengan fungsi Pop up Play dan boleh diedit mengikut kemahuan sendiri dengan fungsi Trim/Cut dengan ikon gunting.

HASIL GAMBAR

NIGHT MODE
NIGHT MODE

KOMEN
Inginkan sebuah smartphone berkuasa dengan harga mampu milik? Wiko FEVER pastinya pilihan yang tepat kerana ia merupakan salah satu smartphone berkuasa kelas pertengahan terbaik di pasaran hari ini dengan pemproses Octa Core berkelajuan 1.3GHz. Selain tampil dengan rekaan premium, smartphone ini turut menawarkan beberapa fungsi menarik untuk pengguna. Di antaranya adalah keupayaan penggambaran utama 13 Megapiksel dengan mod DualView dan kamera depan beresolusi 5 Megapiksel hadir bersama LED flash dan mampu membuat rakaman video HD penuh (1080p). Lebih istimewa lagi, walaupun dibekalkan dengan bateri berkapasiti Li-Po 2900mAh, ia telah dilengkapi dengan teknologi Intelligent Power Saving yang akan mematikan semua aplikasi yang tidak digunakan. Sekali gus dapat menjimatkan bateri smartphone anda!

You might also like