Logitech Perkenal Aksesori Kombo Papan Kekunci Dan Tetikus Wayarles Yang Tahan Lasak

Logitech MK235 - 1Logitech yang sememangnya antara jenama popular untuk aksesori pengkomputeran kini telah memperkenalkan satu lagi produk terbarunya untuk pasaran tempatan dengan kemunculan Logitech MK235. Aksesori terbaru ini menawarkan aksesori kombo papan kekunci dan juga tetikus wayarles yang hadir dengan pelbagai ciri-ciri menarik seperti kalis air, rekaan yang tahan lasak dan juga bateri yang tahan lama.

Berbeza dengan sesetengah aksesori kombo yang lain, Logitech MK235 menampilkan rekaan yang lebih ringkas dan boleh dipercayai sesuai untuk pengguna konservatif. Papan kekunci ini menampilkan rekaan bersaiz penuh yang dilengkapi dengan pad nombor dan juga 15 butang fungsi standard yang kalis air dengan rawatan anti pudar, manakala tetikus wayarles ini pula disediakan dengan butang kuasa On/Off dengan sokongan teknologi Logitech Advanced Optical Tracking yang membolehkannya digunakan pada apa jua permukaan.

You might also like