

Di samping Acer memperkenalkan komputer riba pada harga yang berpatutan, pihak Acer seterusnya memperkenalkan peranti Chromebox untuk kegunaan acara persidangan atau mesyuarat kecil yang menghubungkan pengguna Chromebox di serata tempat pada satu-satu masa.

Set lengkap Acer Chromebox Meeting CXV2 ini dilengkapi dengan CPU / Server, kamera, pembesar suara, alat kawalan jauh dengan papan kekunci qwerty dan thumb drive. Pengguna boleh mengakses Chromebox sehingga 15 orang dan boleh bercakap sambil video dirakam sambil dilihat oleh ahli lain. Peranti ini dikuasakan oleh Intel Core i7 5500-U, storan dalaman 16GB SSD, dan DDR3L RAM 4GB membolehkan peranti ini dihidupkan hanya lapan saat.
Sebagai tambahan, Chromebox ini telah dilindungi dengan tahap keselamatan yang tinggi dari digodam dan tidak mudah diserang virus. Setiap pengguna boleh mengakses Chromebox melalui pelayar aplikasi ChromeOS, Windows, MacOS, iOS dan Android dengan mudah. Kamera yang terdapat di dalam set Chromebox dilengkapi lensa Carl-Zeiss HD penuh dan pandangan sudut lebar. Selain itu, kamera ini akan melaraskan gambar dalam keadaan gelap dengan bantuan auto-focus.
Terakhir, Acer juga menyediakan peranti Chromebox CXI2 untuk kegunaan perniagaan. Seperti contoh, pemilik kedai makanan segera ingin mengubah Menu setiap masa dengan cara yang mudah, pemilik hanya perlu memasukkan maklumat yang diperlukan, seterusnya menggunakan Chromebox CXI2 ini setiap cawangan restoran akan memaparkan Menu yang ditetapkan secara serentak.
Harga bagi model Acer Chromebox CXV2 ialah RM4,599 dan Acer Chromebox CXI2 pula ialah RM1,999, jaminan disediakan adalah selama tiga tahun di atas talian.