Samsung Galaxy S8 Tidak Akan Hadir Ke MWC 2017

1228
- Iklan -

1Sepanjang tiga tahun berturut-turut, Samsung tidak pernah terlepas menggunakan peluang acara Mobile World Congress (MWC) untuk memperkenalkan telefon pintar flagship siri Galaxy mereka. Tahun ini sedikit berbeza, DJ Koh, Ketua Divisyen Mobil Samsung, mengumumkan bahawa Samsung tidak akan memperkenalkan Galaxy S8 pada acara tahunan tersebut.

Tidak ada maklumat terperinci yang diberikan DJ Koh, namun berita tersebut tidak mengejutkan sama sekali kerana Samsung sudah pasti mahu mengambil langkah berjaga-jaga kali ini dan lebih teliti dalam penghasilan produk mereka selepas apa yang terjadi pada tahun lalu. Nampaknya kita terpaksa menunggu sedikit masa lagi untuk melihat rupa dan spesifikasi sebenar Samsung Galaxy S8.

 

Baca Juga