- Iklan -

Ukuran Dimensi Samsung Galaxy S8 Sudah bocor?!

- Iklan -

headerSemakin dekat pelancaran Samsung Galaxy S8, semakin banyak berita disiarkan. Setelah video iklan di Korea yang memperlihatkan teknologi AMOLED mereka, satu laman sesawang terkenal telah memuat naik satu artikel memperlihatkan ukuran dimensi dua variasi model Samsung Galaxy S8.

Berdasarkan berita ini, akan ada model bersaiz besar dikenali sebagai Galaxy S8 Plus yang berukuran 152.38 x 78.51 x 7.94mm. Variasi ini lebih lebar dan tinggi dari Galaxy S7 Edge, dan memiliki keluasan skrin yang jauh lebih baik.

1
Sumber gambar dari GSMArena

Model standard pula hadir dengan ukuran dimensi 140.14 x 72.20 x 7.30mm sedikit rendah dari Galaxy S7 namun lebih lebar. Seperti model Galaxy S8 Plus, ia mempunyai skrin yang jauh lebih besar berbanding model terkini kerana barisan Galaxy S8 mempunyai bezel yang sangat minimal.

Imej dimensi ini tidak harus dijadikan indikasi peranti sebenar kerana ia dilaporkan oleh pihak ketiga. Kami juga berasa ragu-ragu dengan imej ini kerana ia menunjukkan Galaxy S8 menggunakan sambungan MicroUSB. Pada pendapat kami, Samsung pastilah mahu seiring dengan perkembangan teknologi ketika ini di mana majoriti peranti flagship terbaru menggunakan sambungan USB-C.

2
Sumber gambar dari GSMArena

Namun satu perkara konsisten yang kita boleh lihat dari khabar angin dan imej-imej bocor adalah Samsung berkemungkinan besar akan melancarkan peranti yang mempunyai bezel yang sangat-sangat nipis dan memberikan keluasan paparan yang maksimum pada Galaxy S8.

- Iklan -

You might also like