
Tahniah kepada Juara Kebangsaan kita!
Celcom Axiata Berhad menghargai jasa dan sumbangan para atlet kita dengan memberikan ganjaran kepada wira Paralimpik Malaysia yang mengambil bahagian pada kejohanan Paralimpik 2016 di Brazil baru-baru ini. Pemenang pingat emas, Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi, Muhammad Ziyad Zolkefli, Abdul Latif Romly, dan pemenang pingat gangsa Paralympian Siti Noor Radiah Ismail, masing-masing menerima penghargaan bernilai RM10,000 kredit Celcom termasuk langganan eksklusif untuk pelan Celcom FIRST Gold.
Penghargaan dari Celcom Axiata kepada atlet Paralimpik adalah simbol pengiktirafan dan terima kasih kepada semangat pantang menyerah dan perjuangan tidak henti sehingga berjaya menjadi juara untuk semua rakyat Malaysia, terutamanya dengan pencapaian melakar sejarah baru-baru ini mereka semasa kejohanan Paralimpik 2016.
Azmi Ujang, Chief Human Capital Officer of Celcom Axiata Berhad (tengah) bersama dengan wira olahraga Paralimpik, Abdul Latif Romly, (kiri) Muhammad Ziyad Zolkefli, (kedua dari kiri), Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi, (kedua dari kanan) and Siti Noor Radiah Ismail (kanan) yang gembira menerima ganjaran kredit Celcom bernilai RM10,000.