Dah Tengok Nintendo Switch? Cool Habis!!!

2098
- Iklan -

2Wahhh, ternganga tengok teaser konsol terbaru Nintendo berkonsepkan dua dalam satu. Nintendo Switch ini boleh jadi konsol permainan mudah alih dan juga konsol permainan di ruang tamu. Kalau korang nak main game di luar rumah, cabut je unit paparan dari dok dan sambungkan alat kawalan pada bahagian tepi, lepas tu korang boleh sambung main game di mana-mana sahaja.

1Nintendo Switch ni kalau korang tengok memang menghala ke arah yang berbeza dari konsol-konsol lain keluaran Sony dan Microsoft. Nampak gayanya Nintendo menyasarkan kepada gamer yang mementingkan fleksibiliti dan mudah alih, dan kami setakat ni memang kagum dengan konsep Nintendo Switch.

3Nintendo setakat ni hanya melancarkan video teaser untuk Nintendo, mereka tidak mengumumkan lagi senarai permainan yang akan dimainkan pada konsol ini, harga mahupun variasi. Apa yang kami tahu adalah informasi-informasi tersebut akan diketahui sebelum pelancarannya pada March 2017, marilah kita sama-sama nantikan.

Sebelum tu korang boleh enjoy dulu video Nintendo Switch~