
Xiaomi Mi 5 baru sahaja dilancarkan di pasaran tempatan pada bulan Jun yang lepas dengan harga bermula RM 1,549. Di laman Facebook Mi Malaysia, Xiaomi telah mengemaskini harga terbaru bagi Mi 5, di mana kini ia dijual dengan harga RM 1,399. Bagi yang belum tahu, Xiaomi Mi 5 merupakan smartphone paling murah yang dikuasakan oleh pemproses Snapdragon 820.
Xiaomi dikhabarkan menurunkan harga Mi 5 mungkin disebabkan oleh pengenalan Mi 5s dan Mi 5 Plus tempoh hari. Dengan harga yang rendah dan spesifikasi yang hebat, mungkin model ini boleh menjadi salah satu pilihan buat anda yang inginkan smartphone hebat pada harga yang berpatutan.