
Xiaomi Lancar Mi 5s, Mi 5s Plus dan Mi TV 3s
Dengan membawakan peranti kebanggaan Mi 5 ke satu tahap yang lebih baik, Xiaomi telah melancarkan dua model terbarunya iaitu Mi 5s dan juga Mi 5s Plus pada pelancaran yang dirasmikan kelmarin.
Kedua-dua model ini telah menerima sentuhan spesifikasi yang jauh lebih baik, di mana Mi 5s telah menerima teknologi pengimbas cap jari ultrasonik jenis sentuhan yang dibina terus pada permukaan kaca pada panel depan, serta keupayaan penggambaran yang telah dipertingkatkan. Mi 5s Plus pula telah menampilkan sokongan paparan skrin yang lebih besar berukuran 5.7 inci dengan penyediaan dua buah lensa kamera beresolusi 12 Megapiksel.


Spesifikasi Xiaomi Mi 5s
- Qualcomm MSM8996 Snapdragon 821
- 5.15 inci IPS LCD, 1080 x 1920 piksel (428 ppi)
- UFS 2.0 ROM 64GB, RAM 3GB DDR4 / UFS 2.0 ROM 128GB, RAM 4GB DDR4
- 12 Megapiksel (1.55µm) & 4 Megapiksel (2µm)
- Pengimbas cap jari ultrasonik
- 3200 mAh (Quick Charge 3.0)
- USB Type-C
Spesifikasi Xiaomi Mi 5s Plus
- Qualcomm MSM8996 Snapdragon 821
- 5.7 inci IPS LCD, 1080 x 1920 piksel (386 ppi)
- UFS 2.0 ROM 64GB, RAM 4GB DDR4 / UFS 2.0 ROM 128GB, RAM 6GB DDR4
- Dwi 12 Megapiksel (1.55µm) & 4 Megapiksel (2µm)
- Pengimbas cap jari
- 3800 mAh (Quick Charge 3.0)
- USB Type-C


Selain daripada telefon pintar, Xiaomi juga turut mendedahkan kemunculan Mi TV pertama iaitu Mi TV 3s yang menampilkan penggunaan teknologi pembelajaran mendalam untuk saranan pintar yang disesuaikan dengan individu yang berbeza. Sistem AI yang dibangunkan sendiri oleh pasukan R&D Xiaomi ini juga turut menyokong lebih banyak kandungan melalui kerjasama terbaru bersama Tencent Video.

Ketiga-tiga produk terbaru Xiaomi ini akan mula tersedia di pasaran China bermula 29 September ini, iaitu model Mi 5s akan dijual pada harga ¥1,999 (kira-kira RM1,240) dan ¥2,299 (kira-kira RM1,426) untuk model Mi 5s Plus.
Manakala Mi TV 3s pula akan dijual dalam dua saiz paparan berbeza iaitu 55 inci pada harga ¥3,499 (kira-kira RM2,171) dan 65 inci pula akan dijual pada harga ¥4,999 (kira-kira RM3,102).

