
KEMAS KINI!!!
SENARAI KEDAI PENJUAL XIAOMI MI 5
Tanpa seberang pelancaran besar-besaran, Xiaomi telah mengumumkan harga untuk model flasgship terbaru mereka Mi5 yang akan mula dijual pada 25 Jun 2016 dengan tawaran harga RM1549. Mi Malaysia tidak akan menjual Mi 5 di laman web seperti biasa, sebaliknya diedarkan oleh Thorus Technology. Ini bermakna, set Mi5 yang diedarkan Thorus terjamin dan boleh dihantar untuk dibaiki secara percuma di pusat servis Xiaomi Malaysia.
Peranti ini dikuasakan bersama chipset Snapdragon 820 dengan CPU Quad Core berkelajuan 1.8GHz serta memori dalaman 32GB, 3GB RAM. Selain menampilkan kerangka logam sepenuhnya, ia telah dilengkapi kamera utama 16 Megapiksel dengan sokongan pengimbas cap jari, bateri sebesar 3000mAh.
Mi5 yang akan dijual ini adalah versi terendah. Ini bukan kali pertama set rasmi Xiaomi dijual di luar talian, di mana Mi 4 sebelum ini turut dijual eksklusif di luar talian sahaja. Bagi yang tidak mengenali Thorus Technology, mereka adalah pengedar barangan elektronik di Malaysia. Menurut pihak Mi Malaysia lagi, Mi5 boleh didapati dari semua penjual smartphone di seluruh Malaysia, cuma pastikan ia diedarkan oleh Thorus Technology.