HONOR Bakal Mengadakan Acara Secara Online Pada 24 Februari – Apa Agaknya Yang Bakal Berlaku?

1630

HONOR bakal mengadakan sebuah acara secara atas talian khas pada 24 Februari ini. Ia berikutan pembatalan persidangan MWC 2020 yang sepatutnya berlangsung dari 24 – 27 Februari di Barcelona. Pengumuman itu dibuat menerusi Twitter rasmi HONOR.

Memetik maklumat diperoleh, acara ini akan disiarkan secara langsung menerusi semua platform media sosial utama termasuk Facebook, Twitter dan YouTube. Ini bakal menjadi acara global pertama HONOR dan ramai menjangkakan mereka bakal muncul dengan beberapa produk. Korang rasa apa ya? Kekal bersama eRing!