Jom Menangi Hadiah Yang Menarik Menerusi Boost Up Pick & Win!!!

Boost ingin memberi pengguna pengalaman hebat menerima ganjaran apabila kerap menggunakan Boost dalam menuju gaya hidup tanpa tunai dan tanpa kontak. Sebagai penghargaan buat pengguna, e-dompet buatan tempatan ini memperkenalkan BoostUP Pick & Win di mana pengguna boleh menebus ‘Boost Coins’ untuk peluang memenangi hadiah yang menarik. 

BoostUP Pick & Win membolehkan pengguna menukar ‘Boost Coins’ untuk peluang memenangi hadiah eksklusif seperti Samsung S20 Ultra, Bose Soundlink Revolve Bluetooth Speaker, mesin kopi Dolce Gusto Krups, pengering rambut dan pembersih vakum Dyson, baucar bernilai tinggi daripada Enrich Miles, Shopee serta Shell.

Untuk peluang memenangi hadiah luarbiasa ini, pengguna hanya perlu melancarkan app Boost dan:
1. Klik ‘My Rewards’, kemudian klik ‘Pick & Win’
2. Pilih hadiah yang diingini dan hantar satu atau lebih penyertaan berdasarkan ‘Boost Coins’ yang diperlukan. 

Pengguna boleh menghantar seberapa banyak penyertaan tanpa had untuk hadiah yang sama bagi meningkatkan peluang untuk menang atau memilih untuk menghantar penyertaan untuk semua hadiah yang ditawarkan. Senarai hadiah BoostUP Pick & Win diperbaharui setiap dua minggu. Tarikh tamat penyertaan bagi tempoh dua minggu terkini adalah 30 Jun.

Sesudah tempoh dua minggu berakhir, pemenang setiap hadiah akan dipilih secara rawak dan dimaklumkan melalui notifikasi dalam app. Selain itu, pengguna juga boleh mendapat tahu sama ada mereka menang dengan menyemak tab ‘History’ di laman ‘Pick & Win’ di dalam aplikasi Boost.

Pusingan pertama BoostUP Pick & Win menyaksikan lebih daripada 100 pemenang berjaya membawa pulang Smart LED TV, Samsung S20 Ultra, Samsung Galaxy Note 10+, Headphone Digital Wireless Pembatal Bunyi Sony WF-1000XM3, Speaker Kalis Air Bluetooth Mudah Alih JBL Flip 4, Senheiser HD2.30g Headset Di Telinga Stylish Mudah Alih dan Google Home.

You might also like