Maxis Salur Sumbangan Menerusi Program ‘Bersukur Raya Dengan Maxis’

Sinonim dengan kempen #KitaSapotKita Maxis untuk menginspirasi semangat positif walaupun dalam keadaan yang mencabar di seluruh negara, nilai memberi dan berkongsi tetap kuat dipraktiskan di bawah ‘normal baru’. Dalam program khas ‘Bersyukur Raya Dengan Maxis’, 300 keluarga di beberapa wilayah di Semenanjung Malaysia menerima bungkusan makanan, dengan usaha yang diselaraskan oleh sukarelawan Maxis, M Squad.

Sukarelawan menyelaraskan usaha tersebut dengan Ketua Kampung, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), pihak berkuasa dan rangkaian tempatan untuk mengenal pasti isi rumah yang memerlukan di bandar Batu Pahat, Johor Bahru, Nilai, Tanah Putih, Setiu dan Machang. Bungkusan makanan yang mengandungi tepung gandum, beras putih, minyak masak, mi segera dan pelbagai barangan dalam tin, kemudian dibungkus dan dihantar menggunakan perkhidmatan penghantaran dengan langkah SOP yang ketat kepada setiap penerima.

M Squad adalah program sukarelawan pekerja Maxis yang memberi peluang untuk mengambil bahagian dalam aktiviti khidmat masyarakat dan inisiatif prihatin yang diambil berat oleh mereka, dan untuk menyumbang kepada masyarakat. Tidak seperti aktiviti sambutan amal perayaan Maxis sebelumnya, hanya sejumlah sukarelawan berada di kawasan untuk mematuhi SOP semasa dan garis panduan jarak sosial. Sukarelawan M Squad dilengkapi dengan topeng muka dan pembersih tangan, dan memastikan hubungan minimum ketika bungkusan makanan diedarkan.

Pada bulan Ramadan, Maxis bekerjasama dengan Astro untuk mengedarkan 9,000 paket Bubur Lambuk kepada pekerja barisan hadapan dan rumah amal di seluruh lokasi di Kuala Lumpur dan Lembah Klang, termasuk Hospital Kuala Lumpur, IPD Sentul dan Rumah Titian Kasih. Aktiviti di sekitar Bubur Lambuk seperti kuiz Bahasa Inggeris dan pertandingan kreatif juga dianjurkan untuk pelajar eKelas, program komuniti utama Maxis.

You might also like