
Hari ini Lenovo Malaysia melancarkan sebuah peranti yang cukup istimewa, kerana ia merupakan peranti pertama di dunia dilengkapi teknologi Google Tango.
Lenovo Phab 2 Pro dilengkapi satu set sensor dan perisian yang membolehkan peranti ini mengimbas dan memetakan dunia sekeliling anda. Peta dimensi berkenaan membolehkan pengguna menikmati dunia augmented reality (AR) yang lebih imersif dan interaktif.
Antara kebolehan Phab 2 Pro ini adalah anda boleh memilih aplikasi yang menyokong teknologi Google Tango dan melakukan tugasan seperti memetakan ruang rumah, meletakkan perkakasan virtual di ruang tertentu, mengukur dimensi produk dan bermain permainan AR. Selain kebolehan Google Tango, peranti ini juga mempunyai kebolehan audio Dolby Audio Capture 5.1 yang membolehkan anda menikmati kualiti audio yang baik dan imersif.
Spesifikasi Phab 2 Pro
Model Alternatif: Lenovo Phab 2 plus & Phab 2
Terdapat dua lagi model smartphone yang hadir bersama Phab 2 Pro. Lenovo memperkenalkan alternatif, Phab 2 dan Phab 2 Plus yang hadir dengan keistimewaan dan pasaran sasaran yang tersendiri.


Phab 2 Plus mempunyai fungsi sebuah smartphone yang cukup baik dengan skrin resolusi full HD dan juga pengesan cap jari. Selain itu ia juga dilengkapi sistem kamera dwi lensa yang popular sejak kebelakangan ini. Manakala Phab 2 dilihat sebagai sebuah peranti kelas kemasukan dengan spesifikasi asas, namun ia dijual pada harga yang lebih mesra ekonomi. Kedua-dua peranti ini bagaimanapun tidak menyokong teknologi Google Tango.
Spesifikasi Phab 2 Plus
Spesifikasi Phab 2
Perbezaan reka bentuk pada bahagian belakang siri Phab 2

Lenovo Yoga Book
Lenovo juga melancarkan sebuah tablet dua dalam satu dikenali sebagai Yoga Book. Peranti ini mempunyai saiz dan berat yang sungguh “mesra pergerakan”. Ia cukup nipis dan ringan bagi memudahkan anda membawa peranti ini ke mana sahaja anda melakukan kerja.
Selain hebat dari segi reka bentuk, Lenovo Yoga Book mempunyai teknologi yang cukup unik. Ia dilengkapi sebuah panel yang menyokong teknologi Halo Keyboard dan juga pad stylus. Halo Keyboard akan aktif secara automatik di saat anda ingin menggunakannya, ia dengan bijak mengesan kerja dan tugasan yang anda sedang lakukan dan mengaktifkan paparan papan kekunci apabila anda memerlukannya. Pad stylus pula membolehkan anda melukis dan menulis pada panel dan segala catatan dan lakaran anda akan disimpan dalam bentuk digital.
Spesifikasi Yoga Book