
Samsung telah menjalin kerjasama dengan Rangkaian Televisyen Media Prima, platform media terbesar di Malaysia, sebagai Penaja rasmi “2016-2017 Park Bo Gum Asia Tour in Kuala Lumpur”, acara bertemu peminat yang paling dinanti-nantikan oleh semua peminat bintang Korea ini.
Kempen ini bertujuan mempromosikan Galaxy J7 Prime yang terkini dan menyampaikan kesedaran jenama kepada warga muda Malaysia. Kempen ini menyaksikan integrasi yang mantap antara kandungan berjenama dan pengalaman secara langsung melalui platform penyiaran, di lokasi, dalam talian dan juga media sosial. Perkongsian ini bertujuan membantu mengukuhkan lagi hubungan antara Samsung dengan warga bandar di Malaysia.
Galaxy J7 Prime merupakan perlambangan sebenar bagi apa yang menyeronokkan, canggih dan bergaya dalam kalangan anak muda hari ini.

“2016-2017 Park Bo Gum Asia Tour in Kuala Lumpur” akan berlangsung pada hari Sabtu, 10 Disember 2016, 7.30pm di Dewan Plenary KLCC. Acara ini telah dibawakan untuk para peminat di Malaysia oleh Blossom Entertainment, HS E&C dan CN Group, dan dipersembahkan bersama IME Malaysia dan Social Up.