Google Trusted Contacs, Aplikasi Notifikasi Keselamatan Anda

iconSekiranya berlaku kecemasan, tidak mudah untuk memberitahu rakan dan keluarga keadaan semasa kita. Jadi Google membangunkan Trusted Contacts, aplikasi baru yang secara automatik boleh berkongsi status dan lokasi anda dengan rakan-rakan atau keluarga. Pengguna Android boleh mendapatkan aplikasi ini secara serta merta, sementara pengguna iOS boleh mendapatkannya tidak lama lagi.

Cara menggunakan Trusted Contacts amat mudah, anda perlu memilih orang-orang tertentu di dalam senarai kenalan anda sebagai “trusted contacts”. Apabila mereka membuka aplikasi, mereka akan dapat melihat jika anda “aktif,” pada dasarnya aplikasi ini mengesan pergerakan smartphone, sama ada anda aktif dalam jam yang lalu atau sama ada peranti anda mempunyai bateri yang rendah, informasi-informasi tersebut amat berguna kepada rakan dan keluarga yang ingin mengetahui status semasa anda.

1Kenalan yang dipercayai juga boleh meminta lokasi anda jika mereka merasakan anda mungkin berada di dalam bahaya. Aplikasi ini menawarkan tetingkap lima minit untuk anda meluluskan atau menolak permintaan itu tetapi sekiranya ia tidak mendapat sambutan, ia akan berkongsi kedudukan secara automatik untuk memastikan bahawa rakan dan keluarga dapat mencari anda.

Pada pandangan kami, aplikasi ini amat bermanfaat bagi ibu-bapa yang ingin memantau anak mereka. Selain itu bagi mereka yang ingin ke luar negara, anda boleh memuat turun aplikasi ini bagi memberikan maklumat semasa pergerakan anda di negara luar kepada keluarga.

 

You might also like