vivo V15 Pro Rasmi – Peranti Pertama Sokong Kamera Selfie ‘Pop-Up’ Sebesar 32MP

vivo memberikan sebuah lagi pilihan peranti kepada semua pencinta gajet menerusi kemunculan model terbaru di bawah keluarga siri V iaitu V15 Pro. Peranti ini dilengkapi rekaan kamera “sorok” sama seperti vivo NEX dan merupakan pertama di dunia dilengkapi kamera selfie ‘pop-up’ sebesar 32MP.

vivo V15 Pro

V15 Pro hadir dengan teknologi unggul Ultra FullView Display. Ia membawakan skrin bersaiz 6.39 inci FHD+ (2340 x 1080) AMOLED. Dijana oleh cip pemproses Snapdragon 675 sebagai tunjang utama. Ia turut menawarkan memori 6GB RAM + 128GB ROM.

Untuk kamera, versi ini turut menyokong sistem tri-kamera utama 48MP + 8MP + 5MP pada panel belakang. V15 Pro juga menyokong pengimbas cap jari terbina pada skrin di samping bateri sebesar 3,700 mAh (micro USB) bersama sokongan pengecasan pantas.

Peranti pintar ini diperkemaskan dengan beberapa pilihan warna menarik seperti Topaz Blue dan Coral Red. Ia ditawarkan di pasaran India pada harga RS28,990 (kira-kira RM1,658).

Buat masa ini, harga bagi pasaran tempatan masih belum diketahui namun pihak vivo memaklumkan sesi pra tempahan untuk V15 Pro dibuka pada 26 Februari 2019. Bagi yang berminat, jangan lupa ya!

_______________________________________________________________________

Baca juga:

You might also like