Apple Store Kedua Asia Tenggara Bakal Dibuka Di Thailand – 10 November 2018

Sebelum ini Apple pernah membuka cawangan pertama Apple Store di Singapura. Terbaru, Apple kini sedang dalam usaha untuk membuka kedai fizikal kedua di Asia Tenggara yang bertempat di Thailand.

Berdasarkan tarikh yang diumumkan oleh Apple, kedai rasmi Apple Store Thailand ini bakal dibuka pada 10 November 2018. Dengan adanya kedai ini, pengguna berpeluang mendapatkan barangan rasmi Apple serta mengikuti program dan mempelajari mengenai peranti Apple.

Setakat ini masih belum terdapat sebarang kenyataan rasmi mengenai pembukaan Apple Store di Malaysia, tetapi pengguna masih boleh mendapatkan barangan rasmi Apple di beberapa pengedar rasmi seperti Switch dan juga Machines. Selepas ini, pengguna di Asia Tenggara boleh mendapatkan model terbaharu iPhone sama ada di Singapura mahupun Thailand.

Sumber 1 & 2

You might also like