
HONOR Terus Mengacah Kehebatan HONOR 9X – Prestasi Luar Biasa & Jangka Hayat Bateri Lebih Panjang
Kehangatan semakin membara dan HONOR kini kerap kali mengacah pendatang baru mereka, HONOR 9X di media sosial. Bukan biasa biasa, pewaris baru HONOR kali ini dilihat disertakan dengan sokongan spesifikasi yang lebih baik dari pelbagai aspek.
Beberapa imej acah mula tersebar sekaligus memperlihatkan titik jualan utama peranti berkenaan. Memetik imej pertama, ramai berspekulasi HONOR 9X dijangka peranti yang memfokuskan permainan mudah alih – berkemungkinan sokong GPU Turbo 3.0 yang mengoptimumkan prestasi chipset Kirin 810.
Imej kedua pula memaparkan kotak HONOR 9X bersebelahan jam – berkemungkinan peranti ini disertakan dengan ketahanan bateri lebih panjang. Memetik khabar angin tersebar, HONOR 9X dijangka membawakan bateri 4,000mAh.
Seterusnya, HONOR terus menggoda dengan gambar acah memaparkan kotak HONOR 9X bersama dua buah kereta – menunjukkan syarikat gergasi itu turut menggoda prestasi cipset Kirin 810 dan menjanjikan prestasi berkuasa kuda.
Tidak ketinggalan, HONOR turut menggoda mengenai keupayaan kamera – gulungan filem bersebelahan kotak pembungkus. HONOR 9X dikatakan bakal dilengkapi persediaan dua kamera utama. Manakala, HONOR 9X Pro pula berkemungkinan menyertakan tiga kamera utama – salah satunya menyokong lensa 48MP.
Benar atau tidak? Sama-sama kita tunggu kemunculan rasmi tuan empunya badan. HONOR 9X dijadualkan diperkenal secara rasmi pasa 23 Julai kekal. HONOR pastinya menjanjikan sesuatu istimewa khas buat peminat setia! Kekal bersama eRing untuk lebih info terkini.
[SUMBER]