Microsoft Terbitkan Word Flow Untuk Pengguna iOS

Word Flow merupakan salah satu papan kekunci yang popular pada sistem operasi Windows Phone, dan kini pihak Microsoft telah mula menawarkan versi pembangunan beta untuk pengguna iPhone. Selang beberapa minggu selepas percubaannya, aplikasi tersebut telahpun boleh dapat di AppStore.Microsoft Word Flow

Word Flow yang ditawarkan untuk peranti iPhone sedikit berlainan di mana ia menawarkan kebolehan meramal perkataan yang ingin anda taip dan membuat pembetulan jika terdapat sebarang kesilapan ketika menaip. Bukan itu sahaja, pengguna turut boleh mengubah paparan latar menggunakan gambar yang disediakan.

Selain itu, ia memudahkan anda untuk menulis dengan menggunakan sebelah tangan sahaja. Ketika artikel ini ditulis, Microsoft hanya menawarkan Word Flow dengan sokongan bahasa Inggeris sahaja dan hanya diterbitkan di AppStore untuk pengguna Amerika Syarikat. Tiada sebarang maklumat rasmi oleh Microsoft bilakah pengguna seluruh dunia akan dapat memuat turunnya.

You might also like