
Bye CyanogenMod, Hello Lineage Android
Kepincangan yang dihadapi CyanogenMod sudah diketahui umum sebelum ini. Pelbagai masalah timbul dan percanggahan pendapat di antara ahli komuniti, para developers dengan badan induk menyukarkan lagi kemandirian CyanogenMod. Akhirnya sistem operasi berkonsepkan komuniti ini diberhentikan operasinya.
Namun semangat CyanogenMod tidak akan berkubur begitu sahaja. Beberapa tonggak penting di dalam CyanogenMod sudah pun mula bergerak bagi menghidupkan semula dengan serta merta sistem operasi berkonsepkan komuniti ini yang akan dikenali sebagai Lineage Android.
Ketika artikel ini ditulis, ahli komuniti dan developers sedang bertungkus-lumus mengumpul sumber dan membangunkan platform untuk melancarkan Lineage Android. Pasti ramai yang bersedih dengan pengakhiran CyanogenMod, namun anda tidak perlu khuatir kerana kami rasakan ada sesuatu yang lebih menarik dan terbaik dari Lineage Android. Kita tunggu sehingga ianya dilancarkan kelak.