
Elakkan Penyesalan, Follow Tip Kami!
Alamak, salah hantar e-mel pulak! Kandungan tak lengkap! Format tak betul!
Haishh…macam-macam masalah apabila berhadapan dengan e-mel, terutamanya apabila melakukan urusan formal yang memerlukan format yang tepat. Kalau hantar berulang kali nanti nampak tak profesional pulak, elakkan dari menyesal hantar e-mel salah, ikuti tip kami.
1) Buka akaun Gmail anda pada pelayar web komputer. Untuk makluman anda, tetapan ini tidak boleh diakses dari dalam aplikasi mobil. Kemudian klik butang tetapan di bahagian kanan atas untuk membuka drop down menu dan klik pilihan settings.
2) Pada tab pertama (General) yang anda lihat, cari pilihan Undo Send dan klik pilihan tersebut untuk mengaktifkan fungsi tersebut.
3) Pilih durasi masa untuk anda membatalkan penghantaran e-mel. Durasi masa terpendek adalah 5 saat, manakala terpanjang pula 30 saat.
5) Tiada lagi penyesalan dalam hidup anda, cuma dalam menghantar e-mel je la. Selepas fungsi ni diaktifkan, anda akan dapat melihat butang undo muncul setiap kali anda menghantar e-mel.