Xiaomi Mi 10 Terus Jadi Bualan Lagi! Reka Bentuk Terdedah + Skor Antutu Sebanyak 560,217?!

Xiaomi dijangka memperkenalkan peranti perdana terbaharu mereka – Xiaomi Mi 10 dan Mi 10 Pro tidak lama lagi. Kini, jenama itu dilihat semakin kerap mengacah orang ramai mengenai spesifikasinya. Terbaru, terdapat beberapa imej bocor didakwa mendedahkan skor AnTuTu dan reka bentuk peranti berkenaan.

 

Reka Bentuk Xiaomi Mi 10

Atmosfera dunia peranti pintar kini mencetuskan ‘udara panas’ apabila beberapa keping gambar tersebar didakwa memaparkan reka bentuk Xiaomi Mi 10. Memetik gambar tersebut, ia menunjukkan persediaan empat kamera utama pada sudut kiri peranti.

Tersebar juga imej render yang mempamerkan bahagian hadapan Mi 10. Imej tersebut menunjukkan peranti ini bakal didatangkan dengan rekaan paparan berlubang. Skrin peranti dihiasi dengan kemasan bezel yang sangat pada keempat – empat sisi dan ia disepadukan dengan sokongan pengimbas cap jari terbina pada skrin.

 

Skor Antutu 560,217?!

Selain daripada reka bentuk, imej mendedahkan hasil ujian AnTuTu didakwa milik Xiaomi Mi 10 / Mi 10 Pro juga bocor – mencatatkan skor sebanyak 560,217 mata. Bagaimanapun, maklumat tertiris masih lagi rumors dan ketirisan ini sedikit sebanyak memberi gambaran bahawa Xiaomi dalam perancangan memberikan sesuatu yang luar biasa buat peminat setia! So, stay tuned!

[SUMBER]

You might also like