
Servis ukiran nama sering kedengaran pada beberapa produk Apple, namun terkini seiring dengan pelancaran rasmi Apple AirPods Pro ke pasaran tempatan, Apple Malaysia turut menawarkan servis tersebut pada pembelian AirPods.
Selain ukiran nama, anda juga boleh memilih untuk mengukir emoji daripada senarai 31 pilihan. Anda hanya boleh pilih sama ada nama atau emoji sahaja, kedua-duanya tidak boleh digabungkan sekali.
AirPods Pro bernilai RM1,099, AirPods dengan pod pengecasan tanpa wayar bernilai RM879 dan AirPods dengan pod pengecasan bernilai RM699 layak menerima servis ukiran secara PERCUMA.

