Samsung Mulakan Pengedaran Tampalan Sekuriti Januari 2020 Pada Siri Galaxy Note10 & Galaxy S10

Melangkah masuk ke Tahun Baru 2020, Samsung diperlihatkan sangat agresif dalam memperkenalkan produk baharu mereka, yang terbaru Galaxy S10 Lite dan Note10 Lite dan siri Galaxy S20 yang bakal tampil di Samsung Galaxy Unpacked 2020.

[ BACA JUGA: Senarai Peranti Samsung Bakal Menerima Kemas Kini Android 10 Seawal Bulan Januari 2020 ]

Bukan sahaja peranti baharu, kemas kini bagi peranti sedia ada turut diambil berat oleh Samsung. Selepas pengemaskian OneUI 2.0 berasaskan Android 10 diedarkan secara berperingkat pada peranti siri Samsung Galaxy Note10 dan Galaxy S10, terkini tampalan sekuriti Januari 2020 bagi kedua-dua peranti ini turut ditawarkan.

Tampalan sekuriti versi N970FXXS1BSLD bagi siri Galaxy Note10 sudah bermula di Jerman, manakala versi G97*FXXS3BSL4 bagi siri Galaxy S10 sudah bermula di Switzerland.

[ SUMBER 1 l SUMBER 2 ]

 

 

You might also like