
[SAMSUNG GALAXY UNPACKED 2020] : Samsung Bakal Perkenal Samsung Galaxy S20 Pada 11 Februari Ini?
Acara tahunan yang dinantikan oleh semua pencinta gajet! Samsung Galaxy Unpacked 2020 bakal berlangsung pada 11 Februari 2020 di San Francisco! Pada acara ini, Samsung bakal memperkenalkan pelbagai peranti baharu keluaran mereka bagi membentuk pengalaman mudah alih lebih baik.

Ramai yang berspekulasi Samsung turut melancarkan peranti mercu terbaru mereka, Samsung Galaxy S20 pada acara tersebut. Memetik imej dan video acah dikongsi, ia memperlihat dua peranti misteri – berkemungkinan siri Galaxy S20 dan generasi peranti lipat Samsung yang seterusnya (berdasarkan rekaan segi empat sama). Apa agaknya kejutan untuk kali ini?
[SUMBER]

