
New York Mula Menukar Telefon Awam Menjadi Hab Wi-Fi
Penduduk New York sudah mula menikmati servis internet percuma hasil usaha bandar tersebut dalam menukar pondok telefon awam menjadi hab akses Wi-Fi. Fasa pertama projek yang sudah mula dijalankan dijangkakan akan menawarkan 510 pusat akses Wi-Fi kepada pengguna dalam masa setahun. Selain menawarkan servis internet, had Wi-Fi tersebut menawarkan servis cas telefon melalui sambungan USB dan internet pada skrin sentuh, menjadikan New York antara bandar pertama mengimplementasi sepenuhnya internet pada infratruktur bandar.