Lebih 3,800 Jenama Baharu Sertai LazMall Malaysia Menjelang Lazada 9.9 Biggest Brands Sale!!

Lazada, platfrom eDagang terkemuka di Asia Tenggara, telah melancarkan pesta jualan akhir tahunnya dengan beribu jenama dan penjual di seluruh Malaysia menyertai 9.9 Biggest Brands Sale. Lebih 3,800 jenama baharu telah menyertai LazMall Malaysia sepanjang tahun lepas dan akan menyertai Jualan 9.9 Lazada buat julung kalinya tahun ini, memberikan lebih pilihan barangan bermutu tinggi kepada para pembeli. 

Mulai sekarang, pengguna Lazada boleh mendapatkan baucar-baucar Penghantaran Percuma harian dan mengumpulkan Lazada Bonus di aplikasi setiap hari sambil menantikan 9.9 Biggest Brands Sale pada 9 hingga 11 September, kerana Lazada Bonus akan boleh digunakan untuk menebus diskaun RM9 bagi setiap RM99 yang dibelanjakan*. 

Dengan pilihan Payment On Delivery melalui Duitnow QR yang dilancarkan oleh Lazada baru-baru ini, para pembeli boleh membuat bayaran secara tunai atau tanpa tunai apabila menerima pesanan Jualan 9.9 Lazada ini. Pengguna Touch n ‘Go Duitnow QR akan menerima baucar Penghantaran Percuma tambahan. Pembeli baru di Lazada juga akan menikmati baucar diskaun RM12 untuk pesanan pertama.
Sementara itu, Brand Mega Offers dengan diskaun sehingga 60% ditawarkan sepanjang pesta jualan oleh jenama-jenama popular seperti Innisfree, POCO, PUMA, Lego, dan Timberland, di samping tawaran eksklusif Crazy Brand Mega Offers yang memberi khidmat Penghantaran Percuma dan banyak lagi dari jam 12 tengah malam hingga 2 pagi pada 9 September.

Lebih ramai jenama dari segala industri menyedari potensi apabila memanfaatkan ciri-ciri pemasaran, teknologi inovatif, dan rangkaian logistik luas LazMall untuk mencapai kumpulan pelanggan Lazada di seluruh negara.  

Untuk maklumat lanjut tentang Lazada 9.9 Biggest Brands Sale, sila layari: https://lzd.co/MegaSale 

Untuk maklumat lanjut mengenai LazMall, sila kunjungi: https://lzd.co/LazMallMalaysia 

You might also like