
WhatsApp Menambah Sokongan Siri di iOS
Dalam kemas kini terbaru aplikasi WhatsApp, sokongan Siri telah ditambah di platform iOS bagi memudahkan pengguna membaca kandungan mesej terbaru menggunakan Siri. Ciri-ciri ini berguna jika pengguna tidak dapat mengakses telefon pintar mereka seperti contoh ketika memandu.
Anda boleh memberi arahan kepada Siri dengan berkata “Hai Siri” dan arahkan untuk membaca kandungan mesej terbaru, ia juga boleh digunakan untuk membalas mesej tersebut. Kemas kini terbaru ini sudah tersedia dengan versi iOS 10.3 dan ke atas.