SF-G TOUGH, Kad SD Paling Tahan Lasak Dan Terpantas Di Dunia

Sony secara rasminya telah memperkenalkan kad memori bersaiz SD terbaru keluaran mereka dibawah siri SF-G TOUGH.

Menurut Sony, kad memori ini dikatakan memberi fokus kepada sokongan tahan lasak selain menawarkan kelajuan yang tinggi untuk menulis serta membaca – menawarkan sokongan sokongan penulisan sehingga 299MB/s, selain sokongan pembacaan sehingga 300MB/s.

Selain itu, ia turut dikatakan mampu bertahan kadar tahanan sehingga 180N yang mana memberikan kadar tahanan 18 kali ganda berbanding memori kad biasa.\

Antara ciri-ciri lain yang terdapat pada siri SF-G TOUGH termasuklah sokongan anti-statik, kalis x-ray, magnet DAN juga sokongan ketahanan air IPX8.

SF-G TOUGH akan mula ditawarkan pada umum bermula Oktober depan dalam variasi 32GB, 64GB dan juga 128GB yang akan dijual pada harga bermula $73 (sekitar RM301).

You might also like