Bukan Plus? 6.5 Inci iPhone 2018 Mungkin Dinamakan iPhone Xs Max

Acara tahunan Apple Special Event telah disahkan bakal dirasmikan pada 12 September 2018 (waktu tempatan 13 Septermber), terdapat banyak khabar angin mula tersebar di laman sesawang termasuk model dan harga jualan iPhone 2018.

Menurut sumber, tiga iPhone akan diperkenalkan pada acara tahunan Apple terdiri daripada iPhone 9, iPhone Xs yang mempunyai skrin 5.8 inci, serta iPhone Xs Max yang sebelumnya dinamakan iPhone Xs Plus di mana mempunyai skrin 6.5 inci. Penamaan kali ini agak berlainan sekiranya dibandingkan dengan tahun-tahun yang lalu.

Harga jualan juga telah tertiris dari #TheAppleHub, bermula dari $699 (kira-kira RM 2900) bagi iPhone 9, iPhone Xs pula bermula dari $899 (kira-kira RM 3730) dan Xs Max bermula dari $999 (kira-kria RM 4146). Adakah ini harga sebenar bagi iPhone baharu? Tunggu sahaja laporan seterusnya dari kami ya.

 

SUMBER

 

 

 

You might also like