Vivo V11 Dilengkapi Dual Engine Fast Charging Yang Cepat Dan Selamat!

Selepas perlancaran Vivo NEX sekitar bulan lalu, kali ini Vivo nampaknya bakal memperkenalkan satu lagi peranti pintar baru iaitu Vivo 11 ke pasaran Malaysia pada 13 September ini!

Berdasarkan beberapa maklumat yang diterima, Vivo 11 dijangka hadir dengan reka bentuk skrin dengan takukan yang minima yang hadir dengan teknologi skrin ‘waterdrop’ bersama sokongan sensor cap jari.

Selain itu, V11 juga dikhabarkan akan dilengkapi dengan Dual Engine Fast Charging yang membawa pengalaman pengisian yang lebih cepat di mana dua kali lebih laju berbanding dengan teknologi pengecasan standard.

Di samping itu, V11 juga membawa perlindungan yang mantap semasa mengecas – sambungan sejajarnya daripada dua cip pengecasan dengan sembilan ciri penjagaan yang berbeza memberikan yang terbaik dalam keselamatan.

Baca juga:

Vivo V11 dilancarkan di Malaysia tidak lama lagi, untuk maklumat lanjut, sila lawati Vivo Store untuk pra-tempahan V11 atau laman web rasmi Vivo Malaysia.

You might also like